Langkawi: Langkawi Port Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Makan Malam Jubli Perak 25 Tahun bertempat di Grand Ballroom Aloft Hotel pada 25 November yang lalu. Turut serta Ahli Lembaga Pengarah LPSB yang dipengerusikan oleh Tuan Nasaruddin Bin Abdul Muttalib bersama-sama meraikan sambutan ini bersama warga LPSB. Beberapa anugerah penghargaan diberikan antaranya Anugerah Khidmat Setia 20 – 24 Tahun, Anugerah Perkhidmatan Jubli Perak 25 Tahun dan Anugerah Khas Pengarah LPSB. Anugerah dan penghargaan ini adalah untuk mengenang bakti dan jasa-jasa warga LPSB yang dicurahkan kepada LPSB dari awal penubuhan sehinggalah sekarang.