5 Mac 2020 ~ Perjalanan program Jom Derma Darah 2020 yang bertemakan “1 Beg Darah Menyelamatkan 3 Nyawa” berlangsung sepertimana perancangan dengan sedikit kelainan berbanding penganjuran pada tahun-tahun sebelumnya. Program pada kali ini diselitkan dengan booth pameran oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta yang turut mengambil peluang ini untuk berkongsi maklumat dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi masing-masing. Booth pameran terdiri daripada Unit Organ Hospital Sultanah Maliha, Jabatan Perangkaan Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Bank Kerjasama Rakyat dan Andalusia Travel And Tours Sdn. Bhd.
Program kali ini dimeriahkan lagi dengan gimik perasmian yang disempurnakan oleh YBhg. Dr. Hezri Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif LADA merangkap Pengerusi LPSB) diiringi barisan tetamu jemputan yang seterusnya turut sama merasmikan Ruang Swafoto DTL. YBhg. Dr. Hezri Adnan turut mengunjungi setiap booth pameran dan mengambil peluang ini untuk beramah mesra dengan peserta pameran serta orang awam yang hadir menderma darah.
Sejumlah 89 beg darah berjaya dikumpul dari 107 pendaftaran penderma darah yang direkodkan. Rekod ini menunjukkan jumlah beg darah yang berjaya dikumpul melebihi target yang disasarkan oleh pihak Hospital Sultanah Maliha dan juga KSKPTL sendiri iaitu 39 beg melebihi sasaran sebenar 50 beg darah. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua penderma darah dan juga AJK KSKPTL, jabatan kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
[modula id=”617″]