Jom Derma Darah LPSB 2024

Langkawi: Kempen Jom Derma Darah 2024 telah diadakan di Ruang Foyer, Blok A Kompleks Dermaga Tanjung Lembung pada 26 Ogos 2024. Ianya dianjurkan oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan Pelabuhan Tanjung Lembung (KSKPTL) dan merupakan kali yang ke-8 diadakan pada tahun ini. Pekerja-pekerja LPSB selaku ahli kelab, termasuk agensi kerajaan serta penyewa di DTL turut sama hadir menderma darah. Di kesempatan ini, KSKPTL ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas-petugas Hospital Sultanah Maliha dan penderma-penderma darah.

Leave a Reply