Pihak Virtue Integrated telah mengadakan sesi latihan bersama Celcom dan Langkawi Port untuk mengoperasikan kamera litar tertutup 5G yang dipasang ketika 5GDP Langkawi. Sesi latihan yang berjalan selama 2 jam di bahagikan kepada 3 sesi untuk melatih terutamanya Polis Bantuan Langkawi Port supaya boleh mengoperasikan kamera litar tertutup yang canggih ini. Fungsi-fungsi terkini seperti pengecaman wajah, nombor pendaftaran kenderaan, pengesan haba, kebolehan zum sehingga 36x pembesaran, integrasi kepintaran buatan (AI) banyak membantu meningkatkan keselamatan pelabuhan.
[modula id=”638″]