LANGKAWI, Isnin – Mini Karnival Pekerjaan telah dianjurkan oleh Perkeso Langkawi bertempat di Hotel Adya, Langkawi. Program ini menerima sambutan yang menggalakkan bagi mereka yang ingin mengambil peluang mengisi jawatan kosong dari pelbagai syarikat. Langkawi Port Sdn Bhd juga turut serta menyertai program ini bagi membuka peluang kepada penduduk Langkawi khususnya yang mencari pekerjaan.