Langkawi: Kemeriahan sambutan Hari Raya diteruskan dengan Rumah Terbuka Aidilfitri LPSB pada tahun ini diadakan pada hari ini, 29 April 2024. Sambutan kali ini lebih meriah dengan lokasi sambutan rumah terbuka di buat di Balai Berlepas DTL yang baharu, berbanding dengan lokasi pada tahun sebelum ini di ruang Foyer Blok A. Turut hadir ke majlis, YBhg. Dato’ Haslina Binti Abdul Hamid dan ahli lembaga pengarah LPSB.