Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t pada 17 Ramadan yang disebut Malam Qadar. Diturunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus ( 30 juzuk ) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi s.a.w.
Firman Allah S.W.T:
” Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar”.
Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:
“Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan”
Bila berlakunya dan berapa lama Malam Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh nabi s.a.w. Setengah pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya menyebut pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan.
Turunnya Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. sebagaimana dinyatakan oleh nabi :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf”
Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia adan akhirat.
Allah nyatakan dalam Al-Quran:
” Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran dimana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil”
Manusia yang hanya membaca semata-mata dan tidak mengamalkan peraturannya dalam kehidupannya samalah seperti seorang yang sakit dan mengambil ubat untuk dimakannya tetapi hanya dibaca setiap hari :” Makan tiga kali sehari” tetapi tidak dimakannya maka bagaimana penyakitnya akan sembuh.
Sama juga halnya apabila membaca al-Quran tetapi tidak mengambilnya sebagai peduman maka Al-quran itu sendiri yang akan melaknatnya. Ini dijelaskan dalam hadis nabi s.a.w :
” Berapa banyak orang yang membaca Al-Quran sedangakan Al-quran itu melaknatnya”.
Mereka membaca ayat-ayat yang mengharamkan atau menhalalkan sesuatu. Tetapi sebaliknya dalam kehidupannya mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.
Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-quran, As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan diakhirat.
Firman Allah s.w.t:
“Jika kamu berselisih tentang apa juga perkara maka kembalikan perselisihan itu kepada Allah (Al-Quran ) dan rasulnya (hadis)”
Nabi berpesan:
” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya”
Oleh:
Bahagian Dakwah, JAIS
Sumber