Ulang Tahun Penubuhan Langkawi Port Sdn Bhd Ke-27

Langkawi : Sejak Langkawi diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai (1987), pembangunan sangat pesat. Jeti Telok Ewa semakin sesak. Lanjutan itu, Langkawi amat memerlukan kemudahan infrastruktur pelabuhan yang lebih baik. Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) membina sebuah pelabuhan baharu pada tahun 1996 di Tanjung Lembung. LANGKAWI PORT SDN. BHD. (435194-P) diperbadankan pada 16 Jun 1997. Pada 12 Oktober 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mahathir Mohamad telah memutuskan supaya pengurusan Dermaga Tanjung Lembung diurus dan ditadbir oleh sebuah konsortium yang terdiri daripada LADA, Yayasan Amanah Saham Anak Langkawi (ASAL) dan DR Group Holdings Sdn. Bhd. yang mula beroperasi secara rasmi pada tanggal 15 November 1997.

Dermaga Tanjung Lembung berfungsi sebagai pintu masuk utama kargo di Langkawi bagi aktiviti import dan eksport serta mengendalikan semua jenis kargo bahan binaan, makanan, kargo am, kargo berbahaya dan kenderaan. Dermaga Tanjung Lembung juga merupakan Lokasi utama pendaratan dan operasi Car Passenger Ferry (RORO ferry) dari Langkawi ke Tanah Besar yang mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2013 sehingga kini sejumlah 5 operator RORO menawarkan fasiliti ini untuk kemudahan warga Langkawi dan pelancong luar yang ingin membawa masuk kenderaan ke Langkawi. Dermaga Tanjung Lembung turut berfungsi sebagai hub bagi aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan penyimpanan kapal layar yang dikendalikan operator berpengalaman. 16 JUN 2024, genap 27 tahun penubuhan Langkawi Port Sdn Bhd. SELAMAT ULANG TAHUN. Semoga LPSB terus maju seiring kemajuan global. Terima kasih kepada semua warga kerja yang tidak jemu menabur khidmat bakti demi memastikan Langkawi Port terus maju dan menjadi pemangkin kepada pembangunan Langkawi.

#langkawiport #langkawi

Leave a Reply