Oktober, 17 – Lanjutan dari beberapa siri lawatan tapak dan perbincangan bersama di antara Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dengan usaha sama strategik LADA serta TNB menerusi pelaksanaan inisiatif solar berkemuncak dengan Majlis Serahan Surat Niat Pelaksanaan Inisiatif Solar di Kompleks Dermaga Tanjung Lembung pada 17 Oktober 2021.
Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassandi Langkawi Port, Kompleks Dermaga Tanjung Lembung, Langkawi. Turut hadir Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju; Ahli Lembaga Pengarah TNB, Datu Ir Nawawi Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Kemajuan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib.