SELAMAT HARI POLIS KE-213

SELAMAT HARI POLIS ke-213

Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada. Itulah moto yang diperjuangkan selama ini dalam menjamin keamanan masyarakat dan negara kekal dalam situasi aman dan damai demi kesejahteraan bersama.

Penularan Covid-19 sehingga menjejaskan dan hampir melumpuhkan ekonomi negara benar menguji kredibiliti dan keutuhan semangat juang barisan hadapan dalam memastikan penularan ini terkawal. Masyarakat juga diseru untuk sama-sama memainkan peranan dalam memastikan usaha frontliners ini membuahkan hasil dan penularan wabak ini dapat dibendung segera dengan memastikan social distancing dan Perintah Kawalan Pergerakan benar-benar dipatuhi sepenuhnya.

Tahniah dan terima kasih tidak terungkapkan buat PDRM dan semua frontliners atas pengorbanan anda semua bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela.

Leave a Reply