TAHNIAH YAB Muhammad Sanusi Md Noor

Langkawi Port Sdn. Bhd. merakamkan TAHNIAH kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Noor yang telah diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah Ke-14 berkuatkuasa 17 Mei 2020. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim, berkata Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sudah memperkenan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan baginda turut memperkenan peletakan jawatan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berkuat kuasa 17 Mei 2020. Semoga pucuk pimpinan baharu bakal membawa kemajuan kepada Negeri Kedah yang tercinta.

Leave a Reply