Langkawi : Langkawi Port Sdn Bhd dan operator yang beroperasi di Kompleks Dermaga Tanjung Lembung mengorak langkah menggunakan transaksi tanpa tunai atau cashless untuk semua transaksi perniagaan yang akan dilakukan secara berperingkat bermula 1 Oktober 2022. Usaha ini sejajar dengan kempen Mai Kita Cashless dan usaha memperkenalkan Langkawi sebagai Digital Island.
Para pengguna yang ingin menggunakan Duitnow QR perlu mengaktifkan terlebih dahulu menggunakan aplikasi perbankan masing-masing. Pengaktifan ini mengambil masa yang singkat, dan pengguna juga boleh menggunakan penyedia perkhidmatan E-Wallet untuk membuat bayaran. Usaha dan kempen penggunaan cashless turut digerakkan oleh LADA untuk digunakan di seluruh Langkawi. Diharap usaha ini menaikkan nama Langkawi sebagai destinasi perlancongan digital.