CSR bersama SK Temonyong

17 Jun 2020 – Selesai program CSR bersama SK Temonyong, Langkawi. Meski negara baru memasuki fasa PKPP dimana sektor ekonomi negara masih dalam proses pemulihan semula, LPSB tidak menjadikan alasan ini untuk mengabaikan tanggungjawab sosial kepada yang memerlukan. Program CSR yang telah disusun sebelum pelaksanaan PKP direalisasikan semula bagi menyuntik semangat anak-anak sekolah. Bantuan berupa kelengkapan PA System untuk kegunaan program sekolah yang disalurkan menerusi agihan semula zakat perniagaan disempurnakan oleh Tuan Pengurus Besar bersama wakil pentadbir sekolah. Semoga dengan sumbangan ini dapat memudahkan pengurusan program untuk pelajar dan sekolah.

[modula id=”615″]

Leave a Reply