Himpunan Kakitangan Bil.1/2020

Himpunan Kakitangan Langkawi Port Sdn. Bhd. berlangsung meriah dengan sedikit kelainan dalam meraikan dan merakamkan penghargaan kepada kakitangan di atas segala sumbangan yang didedikasikan kepada syarikat sepanjang tahun 2019 lalu. Majlis himpunan pada kali ini dibawah kelolaan bersama Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Kewangan.

Pelbagai agenda disusun sebagai pengisian program dan di antara agenda utama adalah penyampaian sijil penghargaan perkhidmatan kepada kakitangan yang setia berkhidmat melebihi 20 tahun dan ke atas. Syarikat merakamkan ucapan tahniah dan amat berbesar hati di atas komitmen yang ditunjukkan selama ini terhadap kelestarian syarikat. Antara agenda lain yang turut sama diselitkan semalam adalah serahan surat lantikan Penolong Penyelia Keselamatan kepada PB Mohd Murshid Bin Mukhtar.

Acara kemuncak adalah acara yang dinanti-nantikan oleh semua kakitangan iaitu pengumuman imbuhan kepada semua kakitangan yang layak atas penilaian prestasi kerja sepanjang tahun 2019. Semoga kita semua dapat terus bergerak maju bersama seiring dalam memastikan kegemilangan syarikat terus memacu ke puncak.

[modula id=”619″]

Leave a Reply