KEMASUKAN KENDERAAN RASMI LTdL 2020 KE LANGKAWI

Perlumbaan lapan peringkat PETRONAS LTdL 2020 yang telah berlangsung bermula 7 hingga 14 Februari 2020, meliputi jarak keseluruhan 1,145.9 kilometer merentasi Sembilan negeri termasuk Sarawak, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Kuala Lumpur), Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Perlumbaan Peringkat 1 bermula di Padang Merdeka, Kuching. Ini adalah penganjuran kali kedua selepas kali pertama pada 1997, kerana laluan perlumbaan selepas itu tertumpu di Semenanjung di mana Kuala Lumpur dan Pulau Langkawi sering menjadi lokasi mula dan penamat.

Tirai Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 disingkap dalam suasana meriah dengan berlangsungnya majlis Pengenalan Pasukan yang menampilkan kesemua 21 pasukan yang bersaing pada edisi ke-25 di Kota Kinabalu. Acara pembuka saingan bermula menerusi Kriterium Antarabangsa sejauh 90km di sekitar bandar Kota Kinabalu.

Pasukan LTdL 2020 kini sudah mula memasuki Langkawi bagi melengkapkan perlumbaan Peringkat 8 dan menyempurnakan perlumbaan khas “The Malaysian Classic – Race of The Champions”, Langkawi, Kedah pada 15 Februari 2020.

[modula id=”623″]

Leave a Reply