Kerja-kerja Naik Taraf di Kompleks Dermaga Tanjung Lembung

Langkawi: Secara umumnya, Kompleks Dermaga Tanjung Lembung di Pulau Langkawi merupakan pelabuhan yang menjadi pintu masuk utama kargo ke pulau ini. Permintaan kemasukkan penumpang menggunakan feri RORO di sini turut mempelbagaikan fungsi pelabuhan sehinggalah ke hari ini yang akan menerima kemasukkan beberapa operator feri RORO yang baharu. Beberapa inisiatif pihak pengurusan Langkawi Port Sdn Bhd untuk meningkatkan kecekapan operasi dan persediaan menerima jumlah penumpang, kenderaan yang mungkin akan meningkat pada tahun hadapan dengan penganjuran LIMA 2023.

1. Pembinaan landing ramp baharu bagi membolehkan sebuah feri lagi dapat berlabuh serentak.
2. Naiktaraf dan pembinaan ruang menunggu penumpang feri RORO bertujuan untuk memberi keselesaan kepada penumpang.
3. Penyediaan tapak parking baharu di Kompleks Dermaga Tanjung Lembung untuk kemudahan berurusan dengan operator dan agensi kerajaan disini.
4. Projek pemasangan Sistem Solar selari dengan “Low Carbon Island” Langkawi. Selain itu, projek ini juga dapat membantu mengurangkan kos elektrik bagi penggunaan di Kompleks Dermaga Tanjung Lembung.

[modula id=”1214″]

Leave a Reply