25 FEB 2020 ~ Kursus Organisasi Keselamatan Kebakaran anjuran Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dengan kerjasama Aseania Resort & Spa Langkawi dan Langkawi Port Sdn. Bhd. kini sedang berlangsung selama 3 hari bermula 25 Februari hingga 27 Februari 2020. Langkawi Port Sdn. Bhd. menghantar sejumlah 14 orang kakitangan yang terdiri dari Bahagian Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan dan Bahagian Operasi. Kursus asas ini amat penting sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan atau kemalangan yang melibatkan kebakaran atau yang seumpamanya.
[modula id=”635″]Kursus Organisasi Keselamatan Kebakaran
- Post published:25/02/2020
- Post category:Aktiviti
- Post comments:0 Comments