Program Tazkirah Bulan Februari ~ Majlis Bacaan Yasin & Tahlil

Program bulanan yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Ustaz Firdaus Al Radzi pada kali dianjurkan dengan sedikit kelainan dimana program pada kali ini dimulai dengan Bacaan Yasin & Tahlil buat Allahyarhamah Puan Nor Fishadza Binti Nanyan iaitu isteri kepada Encik Abdul Latif Bin Kamis (Pekerja Am Pelabuhan Langkawi Port Sdn. Bhd.), Allahyarham Mansor Bin Zakaria iaitu bapa kepada Encik Anuar Mansor (Penolong Pengurus Teknikal LPSB) dan juga buat ibu kepada Encik Shap Bin Hashim (Pengurus Kanan Pentadbiran) yang kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM), Langkawi.

Pencerahan pada program kali ini, Yang Berbahagia Ustaz berkongsi ilmu berkenaa Iman, Aqidah dan Tauhid iaitu perkara asas dalam kehidupan berteraskan Islam. Perkongsian kali ini walaupun menekankan ilmu asas namun begitu impaknya begitu besar bagi setiap muslimin dan muslimat yang hadir. Semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki olehNya untuk bertemu lagi dalam progam seterusnya.

[modula id=”626″]

Leave a Reply