Lawatan Akademi Kastam Ke Dermaga Tanjung Lembung

Langkawi, 15 Mac 2023 : LPSB amat berbesar hati menerima kunjungan pihak Akademi Kastam Malaysia (Akmal) sempena program Lawatan Berobjektif Bagi Kursus Green Customs Guide To Multilateral Environment Agreement di Kompleks Dermaga Tanjung Lembung. Program di mulakan dengan sesi penerangan dari pihak LPSB sebagai pengurus dan operator Kompleks Dermaga Tanjung, disusuli dengan lawatan ke Pemeriksaan Kastam dan diakhiri dengan sesi demonstrasi sistem pemantauan kamera CCTV 5GDP CelcomDigi. Lawatan ini dianggarkan seramai 30 orang termasuk dari pegawai Akmal Langkawi. Diharap lawatan ini dapat membantu para peserta sedikit informasi berkenaan jalinan kerjasama diantara LPSB dan KDRM di Dermaga Tanjung Lembung.

Leave a Reply