Lawatan Kerja Ke Teluk Bujur, Pulau Tuba

LPSB sentiasa mencari dan mengkaji peluang-peluang perniagaan di masa hadapan yang dilihat bukan sekadar menjana pendapatan syarikat bahkan memberi kemudahan kepada masyarakat setempat serta membuka peluang kepada pemain industri pelancongan amnya. Perancangan jangka panjang sepertimana saranan oleh Ketua Pegawai Eksekuttif LADA, Langkawi memerlukan lebih dari satu terminal Jeti Penumpang bagi menampung kemasukan pelancong luar ke Langkawi. Jeti Penumpang sedia ada dilihat semakin sesak ketika musim kemuncak seperti cuti sekolah, cuti perayaan atau cuti berkembar. Alternatif baru bagi menampung jumlah kemasukan pelancong yang semakin meningkat dilihat sebagai satu keperluan di masa akan datang.

Justeru satu lawatan kerja ke Teluk Bujur, Pulau Tuba telah dibuat pada 16 Jun 2020 bagi meninjau dan menilai fizikal pontoon di jeti penumpang tersebut. Fasiliti ini dalam proses untuk dilupuskan namun dilihat masih berpotensi untuk digunakan sebagai terminal penumpang sekiranya dibuat penyelenggaraan.

[modula id=”596″]

Leave a Reply