YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia mengadakan lawatan ke Dermaga Tanjung Lembung Langkawi pagi ini.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau Teknologi Kawalan Digital 5G Celcom Axiata Bhd. dengan kerjasama Lembaga Pelabuhan Langkawi, PDRM dan Majlis Perbandaran Langkawi susulan pelaksanaan penyelesaian Keselamatan Bandar Pintar 5G.
Kawalan Sempadan Digital 5G Celcom membolehkan pandangan landskap pelabuhan Langkawi dibuat secara digital dengan penggunaan beberapa kamera 360 darjah panorama 4K berdefinisi tinggi.