Majlis Penyerahan Projek Inisiatif Solar Di Dermaga Tanjung Lembung

Langkawi: Langkawi Port Sdn Bhd melakar sejarah setelah berjaya memasang dan menggunakan tenaga solar melalui usaha dan inisiatif solar di antara KETSA dan LADA melalui TNB dan anak syarikatnya GSPARX. Dengan saiz 373.86kWp sistem solar, penjimatan tenaga elektrik yang dinikmati syarikat boleh mencecah sehingga 50% dari penggunaan harian. Usaha-usaha ini adalah selari dengan agenda Langkawi Pulau Rendah Karbon 2035 dan khususnya pengurangan kos operasi syarikat. Majlis Penyerahan Projek Inisiatif Solar diadakan dan turut dihadiri oleh KPE Lada, Tuan Nasaruddin Bin Abdul Muttalib, barisan Ahli Lembaga Pengarah LPSB, wakil dari GSPARX, wakil dari TNB Kedah dan kakitangan LPSB.

Leave a Reply