CSR LPSB Selamat Pulang Perantau 2022

Langkawi: Sudah menjadi tradisi Langkawi Port Sdn Bhd mengadakan CSR Selamat Pulang Perantau bagi mereka yang mula pulang ke kampung halaman pada hari ini, 27 April 2022. Tradisi ini diteruskan setelah dihentikan buat seketika bagi tahun 2020 dan 2021 atas faktor PKP dan pandemik COVID-19. Aktiviti ini diteruskan pada tahun ini dengan memberikan sedikit sumbangan kepada mereka yang menaiki dan menggunakan perkhidmatan feri kenderaan dan penumpang Langkawi Auto, Langkawi RORO dan Wantas RORO.

Peningkatan penggunaan feri kenderaan dan penumpang atau feri RORO ini didorong oleh pertambahan operator baru iaitu Wantas RORO yang mula berkhidmat pada awal bulan April. Selain itu, faktor keselesaan penumpang dengan membawa kenderaan sendiri untuk balik kampung menjadi pilihan utama samada mereka yang bertugas dan merantau mencari rezeki di Langkawi. Semoga perjalanan anak perantau sentiasa selamat dan dapat berhari raya dengan orang yang tersayang.

[modula id=”1161″]

Leave a Reply