Majlis Pelancaran Logo Jubli Perak Penubuhan Langkawi Port Sdn Bhd

Langkawi: Rasa syukur kehadrat Illahi dengan rezeki dan kesempatan yang dikurniakan kepada seluruh warga Langkawi Port Sdn Bhd dengan sambutan ulang tahun jubli perak penubuhan syarikat Langkawi Port Sdn Bhd. Majlis pelancaran ini turut disertai oleh Ahli Lembaga Pengarah Langkawi Port bersama kakitangan memeriahkan majlis pelancaran logo ini. Pembinaan Kompleks Dermaga Tanjung Lembung secara tidak langsung memberi impak kepada pembangunan Langkawi. Fungsi-fungsi pelabuhan semakin bertambah dari pendaratan kargo sehinggalah pengurusan kenderaan keluar masuk dan kini menjadi tumpuan penumpang RORO. Cabaran demi cabaran tidak lekang dihadapi oleh pihak syarikat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik disamping menabur bakti kepada masyarakat setempat khususnya Langkawi ini.

Leave a Reply