Langkawi: Pengurusan LPSB telah mengadakan majlis persaraan dua orang kakitangan yang telah berkhidmat lebih dari 20 tahun iaitu En Romli Bin Md Nayan dan Pn Daharah Binti Shahidan di Hotel Bayview, Langkawi. Ucapan penghargaan telah disampaikan oleh Pengurus Besar atas sumbangan dan jasa yang telah diberikan kepada pihak syarikat Langkawi Port Sdn Bhd yang pada tahun ini telah beroperasi selama 25 tahun. Warga LPSB merakam ucapan selamat bersara dan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kepada En Romli dan Pn Daharah.
[modula id=”1180″]