Majlis Tahlil Dan Kesyukuran Sempena Ramadhan 1444H

Langkawi, 20 Mac 2023: Menjelang bulan yang dinanti-nantikan, LPSB telah mengadakan majlis tahlil dan kesyukuran bersempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan di Surau Al-Fattah, Kompleks Dermaga Tanjung Lembung. Turut dihadiri pelajar-pelajar tahfiz Al-Marjan Jabal Malut, wakil dari Kastam, Imigresen, LADA, DR Group, ASAL, komuniti sekitar serta kakitangan LPSB bagi menjayakan majlis ini. Bacaan surah Yaasin diketuai oleh Ustaz Rashidi Syukri Al-Banjari selepas solat Maghrib dan disusuli dengan tazkirah ringkas persediaan Ramadhan dan terus bersama-sama solat Isyak. Tetamu dan jemputan bersama-sama menjamu juadah yang disediakan selepas majlis selesai di ruang Foyer, Blok A.

Leave a Reply