Notis Pemakluman Operasi Dermaga Tanjung Lembung – COVID19 (12 April 2020)

LANGKAWI PORT SDN. BHD. merupakan autoriti yang terlibat secara langsung dalam industri pelabuhan dan tertakluk di bawah Perkhidmatan Penting Negara (Essential Services).Dengan ini dimaklumkan bahawa LANGKAWI PORT SDN. BHD. dan DERMAGA TANJUNG LEMBUNG akan BEROPERASI SEPERTI BIASA bermula 14 April 2020 sehingga 28 April 2020. Semua agensi kerajaan / syarikat perkapalan / ejen penghantaran / penyewa fasiliti dan pengguna pelabuhan diminta mengambil semua langkah-langkah yang perlu sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan semua operasi berjalan dengan selamat dan tidak terdedah kepada ancaman penularan dan jangkitan virus Covid-19.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut Tuan/Puan boleh menghubungi kami menerusi :

talian 04-966 5905 / 04-966 5915 atau
email : [email protected] /
[email protected] atau
laman sesawang https://www.langkawiport.com.my

Leave a Reply