Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2

Penularan pandemik Covid-19 dilihat semakin bertambah jumlah jangkitan dari sehari ke sehari. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah keselamatan dan pencegahan dalam usaha membendung penularan wabak ini. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 telahpun dikuatkuasakan ke seluruh negara bermula 1 April 2020 sehingga 14 April 2020. Oleh yang demikian seluruh rakyat Malaysia khususnya adalah tertakluk di bawah pematuhan undang-undang ini dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang didapati ingkar PKP. Marilah kita berkerjasama dalam membantu frontliners membendung penularan pandemik Covid-19 ini demi kebaikan bersama dengan #stayathome #dudukrumah dan patuhan arahan pihak berkuasa. KITA JAGA KITA

Leave a Reply