DATA TERKINI COVID-19 NEGERI KEDAH

Penularan wabak atau pandemik COVID-19 yang telah mengancam nyawa seluruh dunia semakin meruncing dan di peringkat global sehingga kini mencatatkan penularan pandemik COVID-19 ini telah menyerang lebih 200 buah negara seluruh dunia dan negara Malaysia kita yang tercinta turut tidak terkecuali menerima kesan buruk akibat penularan pandemik ini yang mana sehingga kini telah mencatatkan kes mencecah 4000 orang. Beberapa negeri yang terkesan teruk dari penularan pandemik ini telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara lebih ketat dan terdapat juga beberapan kawasan yang disenaraikan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Lebih membimbangkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menjangkakan jumlah kes COVID-19 di Malaysia mencapai kemuncaknya pada pertengahan April berdasarkan perkembangan jangkitan wabak di negara ini. KKM sebelum ini telahpun memberi peringatan bahawa PKP yang memasuki fasa kedua bermula 1 April hingga 14 April dianggap tempoh kritikal untuk menentukan sama ada Malaysia berjaya atau tidak memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19 sepertimana ditekankan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang akbar pada 1 April lalu. Sehingga 29 Mac lepas, KKM telah menyenaraikan 14 lokasi di seluruh negara sebagai Zon Merah COVID-19.

Marilah kita bekerjasama dan mendoakan agar negeri KEDAH dan semua negeri seluruh Malaysia akan bebas dari rantaian penularan pandemik COVID-19. #staysafe #stayathome #dudukrumah #kitajagakita #combatcovid19 #prayforfrontliners #prayformalaysia