OPERASI DERMAGA TANJUNG LEMBUNG SEMASA PKP 3

Kemelut pembasmian penularan pandemik Covid-19 di Malaysia kini telah memasuki Fasa ke 3. Perintah Kawalan Pergerakan semakin diperketatkan di sesetengah kawasan. Meskipun statistik penularan virus ini menunjukkan jumlah penurunan yang agak positif di mana terdapat beberapa daerah dan negeri yang mencatatkan tiada rekod jangkitan terbaru serta jumlah pesakit yang sembuh juga semakin positif, kita perlu terus mengambil langkah berjaga-jaga supaya virus ini dapat dikekang sepenuhnya. Frontliners masih berdedikasi dalam melaksanakan tugas dan berdiri teguh manjalankan amanah serta tanggungjawab bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia terus terjamin demi kebaikan bersama. Peranan kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab hanya perlu mematuhi PKP dan saranan kerajaan supaya terus kekal berada di rumah dan hanya keluar bila berkeperluan dan mempunyai surat pelepasan yang diluluskan oleh PDRM sahaja.

Dermaga Tanjung Lembung tidak terkecuali dalam pematuhan PKP ini meskipun terlibat secara langsung dalam industri pelabuhan dan tertakluk di bawah Perkhidmatan Penting Negara (Essential Services), kami masih beroperasi seperti biasa demi khidmat dan servis kepada masyarakat. Servis Kapal Penumpang Berkenderaan (RoRo Ferry), perkhidmatan tongkang (Pontoon), Pembaikan dan Penyimpanan Kapal Layar, Bunkering, Kafeteria (Bungkus dan dibawa pulang sahaja) dan lain-lain beroperasi seperti biasa dan tertakluk kepada syarat PKP Fasa 3.

BV Marine
Langkawi RoRo Ferry Services
Langkawi Auto Express
Dibuk Cargo Sevices
Wantas Shipping (Langkawi) Sdn. Bhd.

[modula id=”645″]

Leave a Reply