LANGKAWI, Selasa – Hampir kesemua pekerja-pekerja di Langkawi Port Sdn Bhd telah mendapat giliran atau selesai terima dos vaksin pertama. Dan hari ini dijadualkan dos yang kedua bagi Program Pemberian Vaksin COVID-19 Peringkat Langkawi mengikut giliran temujanji yang telah ditetapkan. Pihak pengurusan Langkawi Port Sdn Bhd secara amnya menyokong penuh program ini dengan harapan supaya pandemik COVID-19 dapat dibendung dikawasan Langkawi yang kini juga diwartakan sebagai Zon Merah baru-baru ini. Masyarakat disini juga disarankan untuk mendapatkan maklumat yang terperinci dan benar supaya proses pemberian vaksin dapat berjalan lancar.