Asnaf Care : Bantuan Asnaf COVID-19

Asnaf Care telah dilancarkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi membantu terutamanya golongan asnaf yang terkesan dari wabak COVID-19 yang melanda negara kita. Perintah Kawalan Pergerakkan menyukarkan golongan asnaf yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk menyara keluarga mereka. Kempen yang dilancarkan pada 27 Mac 2020 bagi memperhebatkan kutipan bantuan bagi membantu golongan asnaf yang terjejas.

Menurut Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim kutipan zakat Negeri Kedah sehingga 26 Mac 2020 menunjukkan defisit sebanyak lebih kurang RM 8 juta dengan kutipan RM 31.6 juta manakala agihan adalah sebanyak RM 39.4 juta. Beliau juga menyeru orang ramai menggunakan peluang ini untuk menyumbang bantuan melalui laman sesawang Asnaf Care. Bantuan boleh diberikan seperti beras, minyak, gula, voucher dan keperluan asas untuk diberikan kepada golongan asnaf.

Leave a Reply