Dermaga Tanjung Lembung praktikkan Pengimbasan Kod QR

Kerajaan mewajibkan sektor ekonomi yang mula beroperasi dalam tempoh PKPB ini mematuhi SOP yang dikeluarkan iaitu menyediakan rekod lengkap seperti nama, nombor telefon dan suhu badan semua pekerja dan pelanggan pada setiap kemasukan ke premis masing-masing bagi memudahkan pihak frontliner membuat pengesanan kontak dan semakan semula maklumat setiap individu terlibat sekiranya berlaku kes positif Covid-19 dikesan. Pelbagai inisiatif dikeluarkan oleh pihak kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terjamin dan bebas dari penularan pandemik Covid-19 ini dan antara inisiatif terkini yang diperkenalkan adalah penggunaan aplikasi Pengimbasan Kod QR ketika memasuki premis. Kerajaan amat menyaran dan menggalakkan penggunaan aplikasi ini dimanfaatkan oleh semua sektor ekonomi.

Semenjak aplikasi Pengimbasan Kod QR ketika memasuki premis dilancarkan bermula Mei lalu, pelaksanaan penggunaan aplikasi ini semakin diterima pakai dan disambut baik oleh kebanyakan sektor ekonomi yang telah mula beroperasi berpandukan SOP terkini sepanjang PKPB dikuatkuasakan. Langkawi Port Sdn. Bhd., Dermaga Tanjung Lembung tidak ketinggalan menyahut saranan kerajaan dalam memudahkan urusan pihak berkuasa menjalankan pengesanan kontak dan semakan semula maklumat kemasukan sekiranya berlaku kes positif Covid-19. Pelaksanaan aplikasi Pengimbas Kod QR ketika memasuki premis ini mula dipraktikkan pada 3 Jun lalu.

#kitajagakita #staysafe #kitapastimenang

[modula id=”621″]

Leave a Reply