JOM DERMA DARAH 2020

Program tahunan Langkawi Port Sdn. Bhd. anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Pelabuhan Tanjung Lembung (KSKPTL) dengan kerjasama Hospital Sultanah Maliha akan mengadakan program “JOM DERMA DARAH 2020”. Program yang dijadual berlangsung pada 5 MAC 2020 merupakan penganjuran kali ke 4 sejak tahun 2017. Seperti amalan sebelum ini, 100 penderma terawal akan menerima cenderahati sebagai tanda penghargaan kami kepada penderma-penderma.

Perancangan pengisian program pada kali ini disamping aktiviti menderma darah, booth pameran oleh Unit Farmasi dan Unit Organ dari HSM dijangka akan turut serta. Selain itu, terdapat juga ruang pameran dari lain-lain agensi namun masih di peringkat perancangan. Masih bertapak di Foyer Blok A, Kompleks Dermaga Tanjung Lembung, pihak kami amat mengalu-alukan sokongan anda semua. Jom Derma Darah!!! 😊😊