Kursus Transformasi Pekerja Cemerlang 2023 – Kerja Sebagai Ibadah

Langkawi: Pihak Langkawi Port Sdn Bhd telah menganjurkan kursus motivasi yang telah dilaksanakan pada 28 Januari 2023 yang lepas. Kursus ini dikendalikan oleh Hushim Perunding Motivasi dan Kaunseling telah diadakan di Hotel Bayview. Kursus ini diwajibkan kepada semua kakitangan LPSB dan dijalankan sebanyak 2 peringkat bagi mengelakkan gangguan kelancaran operasi syarikat. Pengisian yang menarik dan membuka minda para kakitangan untuk menjalankan amanah kerja dengan lebih berdedikasi, cekap dan amanah seperti mendirikan suatu ibadah. Lebih-lebih lagi ianya sebagai punca rezeki yang diberkati jika amanah kerja itu dapat dijalankan dengan sempurna. Pelbagai nasihat kekeluargaan turut diberikan dan kesan-kesan kepada pendapatan yang dicari itu tidak diberkati. Secara keseluruhannya, kursus ini dapat membantu meningkatkan motivasi kakitangan LPSB.

Leave a Reply