Langkawi, 22 Jan: Warga kerja LPSB mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada Ybhg Dato’ Haslina Binti Abdul Hamid kerana telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Warga kerja LPSB juga amat berbesar hati menerima kunjungan Ybhg Dato dan diiringi dengan pegawai LADA ke LPSB yang juga merupakan anak syarikat LADA. Sesi taklimat turut diadakan berkenaan dengan sejarah penubuhan LPSB dan aktiviti yang dijalankan di Kompleks Dermaga Tanjung Lembung. Sesi lawatan tapak disambung selepas sesi taklimat untuk melihat aktiviti-aktiviti pelabuhan dijalankan.