LE TOUR DE LANGKAWI 2020

Salah satu acara sukan terbesar di Malaysia dan Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL 2020), akan kembali tahun ini dengan lebih banyak cabaran dan keseronokan. Menurut penganjur Human Voyage, perlumbaan basikal akan berlangsung dari 7 hingga 14 Februari 2020.

LTdL, perlumbaan berbasikal tertua di ASIA, memasuki tahun ke-25, akan meliputi jarak kayuhan sejauh 1100 kilometer, dan melalui tempat-tempat yang menarik dan unik seperti kampung, dataran tinggi, bandar dan pekan yang memberi keistimewaan untuk penunggang dan penonton tempatan untuk menikmati perlumbaan disamping menikmati dan mendekati keunikan destinasi pelancongan di Malaysia. Siri 2020 akan melawat sembilan negeri termasuk Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Kuala Lumpur), Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah juga akan meliputi Sarawak dan Sabah.

Jelajah ini telah mendapat tempat di Profesional Series (ProSeries) World Tour dan kini diiktiraf untuk pasukan Pro Continental di Eropah. Sebagai tambahan kepada perlumbaan utama, lawatan pada 2020 juga akan menampilkan acara tambahan baru seperti Criterium International dan Malaysia Classic.

Criterium International akan melibatkan kategori pelumba bawah-23 (U23) dengan lesen lumba elit UCI (Union Cycliste Internationale), manakala Malaysia Classic, yang digelar sebagai “Race of the Champions” akan menampilkan juara kebangsaan dari sekitar dunia.

‘Edisi ke-25 Le Tour de Langkawi dijangka menjadi tonggak penting bagi perlumbaan itu sendiri dan di peringkat Malaysia khususnya. Berteraskan tema “Sports Unite, Cycling Contributes”, LTdL 2020 adalah edisi khas sempena meraikan jubilee perak dengan aktiviti menarik yang telah disusunatur sebagai perangsang dan pembakar semangat kesukanan bukan sahaja dikalangan para penunggang dan peminat tetapi juga negara secara keseluruhannya.

https://www.facebook.com/ltdlangkawi/

Leave a Reply