Program Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Sinaran Kasih 2022

Program Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Sinaran Kasih pada tahun ini anjuran Langkawi Port Sdn Bhd telah diadakan di Langkawi Fair Shopping Mall. Aktiviti tradisi khidmat masyarakat ini bertujuan memberi bantuan menyambut ketibaan Syawal tidak lama lagi. Sebanyak 3 buah sekolah terpilih iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu, Sekolah Kebangsaan Seri Negeri dan Sekolah Kebangsaan Kelibang dijemput untuk menyertai aktiviti CSR ini. Seramai 45 murid telah menerima sumbangan RM 150 seorang untuk membeli kelengkapan Aidilfitri.

Program Sinaran Kasih tidak dapat dijalankan pada tahun 2020 dan 2021 atas sebab faktor kesihatan pendemik COVID-19 dan PKP bagi membendung penularan penyakit. Sumbangan ditambah dari RM 100 ke RM 150 seorang selari dengan peningkatan harga barang. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga pelajar dan dapat memberi kegembiran ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Leave a Reply